Wednesday, October 30, 2013

REUNION KIKSPM1985 (Sesi Brainstorming)


Syabas dan tahniah kepada sdra AHO, Surur dan Marzuki, yang telah memulakan program REUNION KIKSPM1985 dengan mengadakan sesi brainstorming seperti info di bawah.

(dari kiri) AHO, Surur & Juki
Sesi brainstorming program reunion batch SPM 1985.. Program di Dewan Besar KISAS bertarikh 7.12.2013 (Sabtu) bermula jam 3.00ptg. Kami mohon bantuan akhawat sebagai pelaksana program ini.



MARILAH SEMUA KITA SAMA2 MENYUMBANG APA YG TERMAMPU - TENAGA, IDEA, KEWANGAN etc. SEMOGA PROGRAM REUNION BATCH KITA DAPAT DIJAYAKAN DAN DIHADIRI SERAMAI MUNGKIN.

PASUKAN KADET KIK 1985


Berikut adalah beberapa keping gambar ahli-ahli kadet Kolej Islam Kelang (KIK) tahun 1985 dari koleksi sdra Mahmud Rasid Nain.





Tuesday, October 1, 2013

Doa Di Setiap Pagi Isnin, 28 Tahun Yang Lalu


28 tahun yang lalu, sebagai pelajar Kolej Islam Kelang, doa di bawah ini yang kami batch KIK SPM1985 baca setiap pagi Isnin sewaktu perhimpunan ... Inilah salah satu rahsia dan kunci kejayaan KISAS/KIK/KIM boleh tersenarai dalam 20 SEKOLAH HEBAT di Malaysia ...



Tenaga Pengajar KIK (1985)


Di bawah adalah foto Guru-guru yang mengajar di Kolej Islam Kelang (KIK) pada tahun 1985 yang discan dari Majalah Restu edisi 1985. Masihkah diingat siapa guru kelas atau siapa yg mengajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab? Adakah Cikgu Mahmud Ahmad yang mengajar anda subjek Kimia? Pernahkah diajar oleh mendiang Cikgu Sushama subjek Bio? Semoga foto di bawah membantu ingatan anda kepada bekas guru-guru yang muda 28 tahun di kala itu. 

1985