Monday, September 16, 2013

Assalamualaikum warahmatullohi wabarakatuh!

Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 50 diucapkan kepada semua sahabat2 KIK SPM 1985.

Sebagai ta'aruf. Ismi Saleh Abd Latif. Bekas pelajar 5 Sains 3. 

Untuk melestarikan hubungan silatur rahmi di kalangan batch kita dan sebagai rekod aktiviti-aktiviti pertemuan setelah berpisah hampir 30 tahun, dengan rasa rendah diri saya telah mengujudkan laman blog ini. Tujuan utama blog ini diujudkan adalah sebagai bukti hubungan silatur rahmi sesama kita dan bagi memekarkan hubungan saudara seislam demi kerana Allah, agama dan bangsa. 

Semoga jalinan semula silatur rahmi sesama kita setelah sama-sama membesar selama dua tahun (ada yg lebih) di sekolah kesayangan kita iaitu KIK atau Kolej Islam Kelang yang sekarang dikenali sebagai KISAS atau Kolej Islam Sultan Alam Shah dan terputus hubungan selama hampir 30 tahun, akan berterusan dan mendapat rahmat daripada Allah.

Di samping itu, dapat juga apalah kiranya info2, maklumat2, berita2 dan foto2 di laman blog ini dikongsi sama oleh kaum keluarga serta keturunan anak cucu cicit kita di kemudian hari.  

Semoga usaha murni kita merupakan satu dakwah dan mendapat keredhaan daripada Allah azza wa jalla. Amin ya rabbal a'lamin.

Sekian, wassalam
Saleh Abd Latif
Isnin, 16 hb September 2013, 2.30pm

Foto Tahun 1985, berhampiran dewan makan

2 comments:

  1. Tahniah dan terima kasih kepada saudara Saleh di atas initiatif mengujudkan blog ini utk batch 85.

    Semoga usaha ini dapat mengeratkan lagi persahabatan kita yg lama terjalin.

    Nanti kita upload gambar2 lama utk rujukan semua

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada admin yang berjaya menubuhkan blog...semoga ikatan silaturrahim berpanjangan..

    ReplyDelete